400,000 daftar dapatkan vaksin Covid-19 di Arab Saudi - Utusan Malaysia

400,000 daftar dapatkan vaksin Covid-19 di Arab Saudi

SEORANG penduduk bersedia menerima suntikan vaksin Covid-19 di Riyadh, Arab Saudi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Lebih 400,000 orang daripada kumpulan berisiko tinggi sudah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19 menerusi aplikasi Sehaty.

Lapor Arab News, jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Mohammad Al-Abd Al-Aly berkata, penduduk yang menerima suntikan dos pertama vaksin itu berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang masalah.

“Kami ingin mengingatkan semua bahawa amat penting bagi setiap individu menerima dos kedua bagi mendapatkan kekebalan sepenuhnya melawan virus,” katanya. 

Menurut beliau, petugas kesihatan akan kerap menghubungi dan melakukan pemeriksaan susulan individu yang telah menerima suntikan dos pertama.

Malah, katanya, mereka juga diberi temu janji untuk mendapatkan suntikan dos kedua dengan mengikut jadual yang disediakan oleh syarikat pengeluar vaksin.

Vaksin keluaran Pfizer-BioNTech memerlukan dos permulaan diikuti suntikan penggalak dengan selang 21 hari antara kedua-dua pemberian vaksin bagi mencapai kadar keberkesanan 95 peratus untuk mencegah atau mengurangkan kesan gejala jangkitan Covid-19.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya