BARCELONA: Pakar Veterinar mengesahkan sebanyak empat singa di Zoo Barcelona disahkan positif Covid-19.
Perkembangan terbaharu itu merekodkan kes kedua yang berlaku dalam kelompok haiwan itu yang menghidap wabak tersebut.
Tiga daripadanya adalah singa betina iaitu Zala, Nima dan Run Run manakala singa jantan, Kiumbe disahkan oleh penjaga mereka selepas mendapati beberapa simptom pada haiwan itu.
Dua staf di zoo tersebut turut disahkan positif selepas kes pertama berlaku bulan lalu.
Pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana haiwan itu boleh mendapat jangkitan wabak tersebut.
Ujian PCR turut dijalankan terhadap singa itu sama seperti dilalui manusia.
Perkhidmatan Veterinar Barcelona menghubungi Zoo Bronx, New York kerana empat harimau dan tiga singa turut dijangkiti Covid-19, April lalu.
Hanya zoo tersebut yang terkena jangkitan wabak terhadap haiwan melibatkan jumlah yang banyak dan semuanya sudah sembuh sedia kala.
“Pihak zoo menghubungi dan bekerjasama dengan pakar antarabangsa seperti Perkhidmatan Veterinar Zoo Bronx, yang mempunyai rekod jangkitan Sars-CoV-2 terhadap kumpulan haiwan itu,” katanya.
Bagaimanapun, jangkitan singa jantan berusia empat tahun dan singa betina berumur 16 tahun tidak merebak ke haiwan lain malah zoo tersebut masih dibuka kepada pelawat seperti biasa. -AGENSI