MANCHESTER: Sebanyak 30 kambing biri-biri diserang dan diterkam oleh anjing liar semasa sambutan Krismas di sebuah perkampungan kecil di Utkinton,Cheshire.
Lapor The Sun, Pasukan Polis Jenayah Luar Bandar Cheshire percaya anjing itu mengejar kawanan kambing biri-biri itu yang berada dalam ketakutan sehingga keletihan sebelum menerkam binatang tersebut sehingga mati.
Susulan itu, pihak berkuasa menyebarkan gambar binatang yang mati itu kepada orang ramai bagi mengesan pemilik anjing tersebut.
Pihak berkuasa turut memuat naik kenyataan dalam Facebook dan memaklumkan satu lagi kejadian membimbangkan berlaku terhadap binatang ternakan itu.
“Kejadian mengerikan itu berlaku semasa waktu makan tengah hari sambutan Hari Krismas di John Street, Utkinton.
“Terdapat kesan luka akibat serangan berdarah yang menunjukkan anjing-anjing itu mengejar biri-biri sehingga menyebabkan sebahagiannya tertekan, panik serta keletihan.
“Disebabkan kesalahan jenayah itu, petani tersebut mengalami kerugian yang besar. Tolong pastikan anjing anda sentiasa berada di kawasan luar bandar. Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, sila hubungi pihak kami,” katanya.