210kg syabu bernilai RM44.4j dirampas - Utusan Malaysia

210kg syabu bernilai RM44.4j dirampas

POLIS menunjukkan rampasan 201 kilogram syabu dari Hotel WIR, Petamburan di Jakarta Pusat. - ANTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis akan menjalankan siasatan bagi mengetahui sekiranya ada suspek lain terlibat dalam penemuan 201 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang bernilai 156 bilion rupiah (RM44.4 juta) dari Hotel WIR, Petamburan di Jakarta Pusat.

Lapor Suara Jakarta, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, sebelum ini, polis telah menahan seorang individu yang membawa syabu kira-kira pada pukul 10 malam (Waktu Indonesia Barat).

Kata beliau, sebanyak 201 kg syabu yang dibahagikan dalam 196 bungkusan dirampas daripada tangan suspek.

“Kami masih menyiasat semua kes ini, apa yang kami dapat tahu adalah suspek tersebut merupakan penerima terakhir.  

“Jadi, kami akan siasat sekiranya ada perkembangan lanjut,” katanya.

Kes itu bermula selepas penduduk membuat aduan mendakwa syabu akan diedarkan ke kawasan Jakarta.

Polis kemudian menahan 10 orang dan mendapati bahawa barangan haram itu sebenarnya dibawa oleh individu yang lain.

Akhirnya, polis berjaya menjejak individu terbabit yang membawa syabu ke sebuah hotel di Petamburan.

Malah, pasukan Jabatan Siasatan Narkotik Polis Metro Jaya menemui barangan bukti tersebut.

Dalam pada itu, Yusri berkata, kesemua individu ditahan mempunyai kaitan dengan sindiket dadah antarabangsa malah polis mengesyaki barang haram itu berasal dari Asia Barat.

Jelasnya, ia berdasarkan kod 55 yang tertera pada 196 paket syabu tersebut.

Kata beliau, pada awal tahun lalu, polis juga menahan beberapa pengedar dadah di Serpong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya