20 tahun larikan diri selepas bunuh 7 orang - Utusan Malaysia

20 tahun larikan diri selepas bunuh 7 orang

LAO RONGZHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang wanita yang menghadapi pertuduhan membunuh tujuh orang akhirnya dihadapkan ke mahkamah di tenggara China selepas melarikan diri lebih 20 tahun.

Lapor CNN, Lao Rongzhi, 46, didakwa di Mahkamah Rakyat Nanchang di wilayah Jiangxi semalam, menurut kenyataan mahkamah itu.

Lao membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa kerana mendakwa dirinya adalah mangsa akibat dipaksa menolong teman lelakinya, Fa Ziying yang disabitkan kesalahan membunuh  kerana ketakutan.

Fa ditangkap pada July 1999 dan disabitkan dengan tujuh kes pembunuhan Disember tahun sama.

“Kedua-duanya bersekongkol dan mempunyai pembahagian tugas yang jelas.

“Mereka bersama-sama melakukan jenayah rompakan, penculikan dan pembunuhan dengan sengaja di Nanchang, Wenzhou, Changzhou dan Hefei,” kata kenyataan pengadilan Nanchang.

Lao memberitahu mahkamah modus operandi Fa sangat kejam dan semasa hubungan mereka terjalin, dia mendakwa didera fizikal dan mengalami penderaan mental serta dua kali keguguran.

Lao dan Fa menjalinkan hubungan percintaan antara 1996 hingga 1999.

Selepas Fa ditangkap, Lao menggunakan beberapa identiti untuk melarikan diri di seluruh negara.

Dia melakukan perjalanan ke bandar-bandar berbeza dan mencari duit dengan melakukan pekerjaan sambilan di bar dan tempat hiburan lain, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam Xiamen tahun lalu.

Dia turut mengubah penampilannya bagi mengelakkan diri ditangkap.

Lao ditangkap pada November tahun lalu di sebuah pusat beli-belah di bandar Xiamen kerana dituduh membunuh, merompak dan menculik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya