NEW YORK: Dua penumpang kapal terbang Delta yang dalam penerbangan ke Atlanta membuka pintu kabin dan mengaktifkan pintu kecemasan untuk keluar daripada pesawat ketika menuju landasan di Lapangan Antarabangsa La Guardia, semalam.
The New York Times melaporkan dua penumpang itu kini ditahan dan seekor anjing juga diturunkan bersama mereka.
Jurucakap Delta, Morgan Durrant berkata, selepas mereka keluar dari pesawat itu, kapal terbang itu berpatah semula dan menurunkan penumpang lain.
Katanya, syarikat penerbangan itu akan memindahkan penumpang ke pesawat lain.
“Juruteknik penyelenggaraan telah membuat penilaian terhadap pesawat itu dan dijadualkan kembali beroperasi petang ini,” katanya.
Pihak CNN sedang berusaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak berkuasa New York dan New Jersey.