15 kanak-kanak maut dalam letupan bom di Afghanistan - Utusan Malaysia

15 kanak-kanak maut dalam letupan bom di Afghanistan

ANGGOTA KESELAMATAN memeriksa sebuah lokasi kejadian letupan yang berlaku di Kabul pada 9 September lalu - AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak maut manakala 20 orang lagi cedera selepas sebutir bom dipasang pada beca meletup di kawasan dikuasai Taliban di timur Afghanistan, ketika keganasan di negara itu semakin meningkat.

Lapor The Guardian, menurut jurucakap gabenor wilayah Ghazni Wahidullah Jumazada, bom itu meletup selepas seorang lelaki yang menunggang beca bermotor memasuki sebuah perkampungan di daerah Gilan untuk menjual barangan dan ketika itu dikelilingi oleh kanak-kanak.

Katanya, angka kematian mungkin meningkat.

Jelas beliau, ketika ini, tiada mana-mana kumpulan mengaku bertanggungjawab atas insiden tersebut dan satu siasatan sedang dijalankan untuk mencari punca kanak-kanak berkenaan menjadi sasaran.

Dalam pada itu, seorang jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid menerusi satu mesej kepada media mendakwa letupan itu disebabkan kanak-kanak berkenaan mengambil sisa-sisa bahan peledak yang belum meletup terdapat di kawasan itu dan berjalan menghampiri ke arah penjual itu.

Zabihullah mendakwa, hanya sebanyak 12 kanak-kanak yang terbunuh dalam insiden tersebut.

Kenyataan bercanggah itu tidak dapat disahkan kerana kawasan tersebut berada di bawah kawalan Taliban dan wartawan dilarang untuk memasuki.

Keganasan di Afghanistan dilaporkan semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu meskipun wakil kerajaan dan Taliban mengadakan rundingan di Qatar untuk mencapai perjanjian damai bagi mengakhiri peperangan yang berlangsung selama beberapa dekad. 

Minggu ini, Pengerusi Ketua Kakitangan Gabungan Amerika Syarikat (AS), Jeneral Mark Milley mengadakan mesyuarat tertutup dengan pemimpin Taliban di Doha, Qatar untuk membincangkan mengenai aspek ketenteraan dalam Perjanjian AS-Taliban.

Perjanjian itu yang ditandatangani di Qatar, bertujuan untuk menjadi landasan bagi rundingan damai langsung antara kerajaan Afghanistan dan Taliban.

Selepas perbincangan dengan Taliban, Milley ke Kabul untuk berunding dengan Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani.

Beliau menekankan mengenai kedua-dua pihak mengenai keperluan untuk mengurangkan keganasan dengan segera di seluruh negara.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya