11 pendaki maut ribut salji badai Iran - Utusan Malaysia

11 pendaki maut ribut salji badai Iran

SERAMAI 11 pendaki maut akibat runtuhan dan ribut salji di kawasan pergunungan di utara Teheran, Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Sekurang-kurangnya 11 pendaki maut dan beberapa lagi hilang di kawasan pergununungan di utara Teheran selepas ribut salji membadai kawasan tersebut.

Salji tebal dan angin kencang dilaporkan melanda sejumlah kawasan di Iran sejak beberapa hari lalu, menyaksikan banyak jalan utama ditutup dan menjejaskan pekhidmatan pengangkutan.

Ketua Operasi Kecemasan Palang Merah Iran, Mehdi Valipour yang dipetik stesen penyiaran IRIB melaporkan, 10 pendaki maut di atas gunung dan seorang lagi meninggal dunia di hospital selepas diselamatkan.

Rakaman siaran televisyen menunjukkan pasukan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di puncak Gunung Tochal dan Kolakchal di Alborz.

Pasukan Palang Merah memaklumkan operasi SAR disukarkan dengan cuaca buruk dan salji tebal.

Dalam kes berasingan, pihak berkuasa maritim Iran memaklumkan tujuh anak kapal hilang selepas sebuah kapal pengangkut karam di perairan Teluk pada Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Maritim Iran, Esmail Makkizadeh menyatakan usaha mencari serta menyelamat giat dijalankan ketika ini termasuk memaklumkan kepada kapal yang melalui kawasan tersebut serta pusat keselamatan di Oman, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pakistan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN