11 maut rumah penjagaan warga emas terbakar - Utusan Malaysia

11 maut rumah penjagaan warga emas terbakar

PASUKAN bomba memadam kebakaran di sebuah rumah penjagaan warga emas di wilayah Bashkortostan, Rusia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Satu kebakaran berlaku di sebuah rumah penjagaan warga emas di tengah Rusia malam tadı, mengakibatkan 11 penghuninya terkorban.

Jawatankuasa Siasatan Rusia menyatakan satu kertas siasatan sudah dibuka untuk meneliti segala kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan insiden tersebut.

“Ketika kejadian, terdapat kira-kira 15 orang di rumah penjagaan tersebut dengan empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri.

“Pasukan bomba menemukan 11 mayat yang rentung selepas kebakaran berjaya dikawal,” jelas jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan.

Pasukan penyiasat juga memaklumkan rumah penjagaan warga emas yang tarletak di perkampungan Ishbuldino itu didaftarkan di bawah pertubuhan bukan kerajaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya