Vaksin Moderna sah berkesan 94 peratus cegah Covid-19 - Utusan Malaysia

Vaksin Moderna sah berkesan 94 peratus cegah Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Moderna bakal memohon kelulusan kecemasan untuk menggunakan vaksin Covid-19 keluarannya di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Lapor Reuters, langkah itu dibuat selepas data kajian fasa akhir mengesahkan vaksin tersebut mempunyai tahap keberkesanan sebanyak 94.1 peratus dan tidak menyebabkan tindak balas bahaya.

Vaksin itu juga dilaporkan 100 peratus berkesan mencegah kes jangkitan Covid-19 yang serius, sekali gus menjadikan Moderna syarikat farmaseutikal kedua yang bakal memperoleh kelulusan kecemasan di negara ini.

Terdahulu, Pfizer dan BioNTech memohon kelulusan kecemasan dari pihak berkuasa negara ini dan kebenaran penggunaan vaksin keluaran syarikat tersebut dijangka diperoleh dalam tempoh terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya