Vaksin Covid-19 Australia tunjuk tindak balas positif - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19 Australia tunjuk tindak balas positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Ujian awal vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh sebuah universiti Australia dengan kerjasama syarikat farmaseutikal, CSL menunjukkan tindak balas antibodi yang selamat.

Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt berkata, vaksin yang dihasilkan oleh Universiti Queensland itu terbukti selamat enerusi ujiaj klinikal fasa pertama, sekali gus mencetuskan tindak balas antibodi yang positif.

“Vaksin itu menunjukkan kesan yang baik dan berfungsi sewajarnya.

“Jika menunjukkan kesan positif yang berterusan, vaksin itu juga boleh menjadi satu daripada ejen pencegahan Civid-19,” katanya.

Hunt juga memaklumkan vaksin tersebut dijangka boleh diedarkan menjelang suku ketiga 2021 sekiranya melepasi kesemua fasa ujian. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya