Twitter kesan 300,000 ciapan mengelirukan - Utusan Malaysia

Twitter kesan 300,000 ciapan mengelirukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Twitter melabelkan 300,000 ciapan berkaitan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat yang mengelirukan dalam tempoh dua minggu menjadikan 0.2 peratus ciapan berkaitan pilihan raya itu.

Rangkaian media sosial itu berkata, label itu dikeluarkan pada 27 Oktober hingga 11 November, seminggu sebelum dan selepas pilihan raya itu pada 3 November lalu yang menyaksikan kemenangan Parti Demokrat, Joe Biden.

Ketua Undang-Undang, Polisi dan Keselamatan Twitter, Vijaya Gadde berkata, daripada 300,000 ciapan, 456 daripadanya menerima mesej amaran dan mempunyai ciri keterlibatan yang terhad iaitu pengguna tidak boleh meletakkan tanda suka, ulang ciapan atau membalas ciapan itu.

Vijaya menganggarkan sebanyak 74 peratus pengguna memuat naik ciapan bermasalah setelah mereka dilabelkan sebagai menyesatkan atau menerima mesej amaran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya