Tujuh mati minum cecair pembersih tangan di Rusia - Utusan Malaysia

Tujuh mati minum cecair pembersih tangan di Rusia

TUJUH maut selepas minum pensanitasi tangan di Yakutia, Rusia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Tujuh orang di Yakutia, Rusia maut dan dua lagi koma selepas minum cecair pembersih tangan hari ini.

Menurut pihak berkuasa, seramai sembilan orang jatuh sakit teruk di perkampungan Tomtor selepas minum pensanitasi tangan yang dibeli di sebuah kedai tempatan.

Hasil ujian mendapati cecair tersebut mengandungi 69 peratus metanol iaitu alkohol yang tidak boleh dimakan atau diminum.

Tiga mangsa pertama meninggal dunia serta-merta, manakala enam lagi dikejarkan ke hospital menggunakan pengangkutan udara dengan empat daripadanya maut di hospital.

Para doktor kini bertungkus-lumus menyelamatkan dua lagi mangsa yang koma iaitu seorang lelaki berusia 32 dan wanita, 48 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya