WILMINGTON: Bakal presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyifatkan tindakan Donald Trump yang enggan mengakui kekalahannya dalam pilihan raya negara itu sebagai memalukan. “Saya berterus terang, saya merasakan tindakan itu hanya memalukan. “Bagaimana saya boleh menyatakannya dengan sebaik-baiknya. Saya rasa ia tidak akan membantu legasi presiden tersebut,” kata Biden ketika ditanya berhubung penolakan Trump untuk menerima kekalahan dalam Pilihan Raya Presiden AS pada 3 November lalu. Seminggu selepas Pilihan Raya Presiden AS, Trump kekal mendiamkan diri di White House dan menganggap kononnya akan menang dan memfailkan tuntutan mahkamah dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya