Tiada tanda peluru berpandu - suspek MH17 - Utusan Malaysia

Tiada tanda peluru berpandu – suspek MH17

PESAWAT MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Seorang suspek warga Russia tragedi pesawat MH17 mendakwa tidak melihat sebarang tanda peluru berpandu yang digunakan untuk menembak jatuh kapal terbang tersebut.

Oleg Pulatov memberi keterangan tersebut menerusi video yang disiarkan pada perbicaraan kes tersebut.

Pulatov merupakan antara empat suspek yang dibicarakan tanpa hadir oleh sebuah mahkamah di Belanda berhubung tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.

Menurut beberapa penyiasat, sebuah peluru berpandu BUK era Soviet telah digunakan untuk menembak pesawat itu sehingga terhempas dan mengorbankan semua 298 penumpang termasuk 196 warga Belanda.

“Tidak, saya tidak pernah nampak sebarang peluru berpandu BUK, malah saya boleh menyatakan secara pasti bahawa tiada mana-mana BUK terlibat dalam insiden tersebut.,” katanya.

Menurut Pulatov, beliau mengetahui tragedi itu daripada pasukan tenteranya yang memaklumkan bahawa sebuah pesawat terhempas berhampiran Donetsk.

Jelas Pulatov, anggota pasukannya memaklumkan mereka memintas banyak panggilan ketika hari kejadian, termasuk aduan penduduk awam yang melihat ‘mayat jatuh dari langit’ di lokasi nahas.

Empat suspek berkenaan iaitu Pulatov, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky yang merupakan warga Rusia serta seorang warganegara Ukraine, Leonid Kharchenko, dituduh sebagai dalang utama

dalam nahas tersebut.

Sementara itu, pasukan penyiasat masih cuba mengesan pihak yang bertanggungjawab mengendalikan peluru berpandu berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya