Thailand akui silap rampas dadah - Utusan Malaysia

Thailand akui silap rampas dadah

THAILAND mengakui tersilap membuat rampasan yang didakwa dadah, namun sebenarnya adalah bahan kimia untuk bahan tambahan makanan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand mengakui rampasan dadah jenis ketamin seberat 11.5 tan yang dilakukan sebelum ini berkemungkinan adalah bahan kimia tidak berbahaya yang digunakan sebagai bahan tambahan makanan atau ejen pencuci.

Minggu lalu, Biro Anti Narkotik Thailand memuji rampasan dadah yang kononnya melibatkan ketamin bernilai hampir AS$1 bilion (RM4 bilion).  

Namun, hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap 66 daripada 450 guni serbuk putih yang dirampas di sebuah gudang berhampiran Bangkok pula mendedahkan ia adalah trisodium fosfat, sebatian untuk pelbagai kegunaan industri.

Setelah mengumumkan rampasan itu dengan penuh ‘bangga’ pada minggu lalu, pihak berkuasa Thailand terpaksa mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan kesilapan yang dilakukan.

Menteri Keadilan Somsak Thepsuthin berkata, ketika saringan ujian ketamin dijalankan ke atas trisodium fosfat, ia boleh menunjukkan hasil positif yang salah. 

“Malah, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah turut memberitahu kesilapan seperti ini turut berlaku di negara lain.

“Tetapi ini merupakan kes pertama berlaku di Thailand,” katanya.

Saintis forensik kini menjalankan ujian untuk mengenal pasti kandungan baki guni yang dirampas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya