Tentera serang orang awam sampai mati - Utusan Malaysia

Tentera serang orang awam sampai mati

TENTERA Indonesia didakwa menyerang dan memukul penduduk awam sehingga ada di antaranya meninggal dunia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) dilaporkan menyerang dan menahan orang awam dalam kawasan asrama dan perumahan berdekatan Jayapura, Papua susulan kemalangan trafik sehingga menyebabkan pertelingkahan antara mereka. 

Lapor Jakarta Post, Pengarah Persatuan Peguam Hak Asasi bagi Papua, Gustav Kawer berkata, tindakan TNI adalah berunsurkan jenayah dan melanggar hak kebebasan kerana berlaku di luar bidang kuasa untuk menangkap dan memukul orang ramai. 

Jurucakap TNI, Leftenan Kolonel Reza Nur Patria mengesahkan kemalangan trafik dan serbuan yang dilakukan tetapi tidak mengesahkan serangan itu. 

“Semasa pertelingkahan itu, tentera dari Infantri Batalion 751 diserang. Anggota tentera itu kemudian mencari individu bertanggungjawab ke atas serangan tersebut dan menahan lima orang bagi soal siasat. 

“Kelima-lima mereka dihantar ke Pejabat Polis Jayapura bagi siasatan lanjut. Anggota tentera yang menjadi mangsa juga dilaporkan kepada polis,” katanya. 

Rabu lalu, seorang tentera menaiki motosikal didakwa melanggar motosikal lain yang dinaiki dua penduduk awam. 

Kedua-duanya merupakan penghuni asrama yang sedang menuju ke Sentani sebelum kesemuanya berbalah dan penduduk lain di kawasan itu bertindak memukul anggota tentera dan merampas motosikalnya sebagai jaminan supaya askar itu membayar kerosakan yang berlaku. 

Sejurus selepas itu, pada pukul 11 malam waktu tempatan, Gustav berkata, lebih 50 anggota tentera menyerbu asrama Soloitma dengan membawa senjata seperti pedang dan memukul penduduk serta merosakkan pintu.

Seorang lagi penduduk, Demisian Kobak, 18, dilaporkan dipukul walaupun dia memaklumkan dirinya tidak terlibat dalam pertelingkahan itu dan sedang sakit. 

Dia kemudian dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut sebelum didapati mati keesokan pagi. 

Menurut Gustav, lapan individu lain turut diserang semasa serbuan itu dan enam orang daripadanya dibawa ke ibu pejabat bagi siasatan lanjut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya