Tempah PS5 dapat makanan haiwan peliharaan - Utusan Malaysia

Tempah PS5 dapat makanan haiwan peliharaan

SEORANG pelanggan memuat naik gambar makanan anjing yang diterimanya sedangkan dia sebelum ini membuat tempahan PS5. - TWITTER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat e-dagang, Amazon memohon maaf kepada pelanggannya yang membuat pembelian PlayStation 5 (PS5) kerana menerima produk lain seperti makanan haiwan peliharaan dan perkakasan elektrik.  

Lapor Daily Mail, pembeli yang berang dengan keadaan itu berkongsi barangan yang mereka terima dari Amazon dalam sosial media sosial.

Kebanyakannya membuat andaian PS5 yang ditempah mungkin sudah hilang atau dicuri, menyebabkan mereka diberi barangan lain yang tidak masuk akal sebagai ganti.

Permintaan terhadap alat permainan video tersebut sudah melebihi bekalan di seluruh United Kingdom (UK) dengan kebanyakan peruncit memaklumkan mereka sudah kehabisan stok.

Jurucakap Amazon mengesahkan pihaknya sudah menerima beberapa laporan berhubung masalah penghantaran PS5 kepada pelanggan.

“Kami berusaha untuk membuat pelanggan kami gembira dan insiden melibatkan salah menerima barang tempahan ini tidak sepatutnya berlaku. Kami meminta maaf dan akan menyiasat perkara sebenar. 

“Kami akan kenal pasti setiap pelanggan yang menghadapi masalah itu dan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Sesiapa yang mempunyai masalah mengenai pesanan itu boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan Amazon untuk bantuan,” katanya. 

Pada awal bulan ini, Amazon memecat seorang daripada kakitangan penghantaran di Oxfordshire apabila pekerja itu didapati memalsukan penghantaran PS5 dan menyimpan unit itu untuk diri sendiri.

Kegiatan pekerja tersebut terbongkar selepas pihak pengurusan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

PS5 dilancarkan 19 November lalu dengan laman web Curry PC World menerima tempahan daripada 120,000 pembeli. 

Perintah berkurung akibat Covid-19 memberi dorongan industri permainan video tahun ini mendapat permintaan lebih tinggi daripada biasa. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya