Taufan Vamco ragut 39 nyawa - Utusan Malaysia

Taufan Vamco ragut 39 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina sekali lagi dilanda ribut apabila Taufan Vamco mengorbankan 39 nyawa manakala 22 individu masih hilang di Pulau Luzon Utara di sini.

The Washington Post melaporkan, taufan yang turut menyerang jutaan penduduk itu berlaku selepas kira-kira dua minggu ribut ‘Super Typhoon’ melanda negara itu.

Menurut pihak tentera, masih ramai mangsa yang terdampar dan pihaknya menyelamatkan lebih 138,000 orang.

Taufan Vamco yang disifatkan setanding taufan kategori dua melanda kawasan pulau itu selepas taufan ketiga dan taufan tropika kelima melanda negara itu dalam tempoh kira-kira tiga minggu.

Taufan Super Goni melanda wilayah ibu kota apabila menyerang 12 juta penduduk bulan ini tetapi Taufan Vamco membawa hujan dan angin hingga 105 mph sejak Rabu malam hingga Khamis.

Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina mengeluarkan amaran isyarat tiga, pada skala satu hingga lima, bagi sebahagian besar Luzon termasuk wilayah metropolitian Manila.

Banyak rumah ditenggelamkan air dan penduduk terdampar di atas bumbung sehinggakan tanda pagar #RescuePH menjadi sohor dalam media sosial kerana ramai mangsa memaklumkan lokasi serta maklumat terperinci mereka bagi mendapatkan bantuan.

Lebih menyayat hati apabila ramai yang terkandas merupakan orang tua, kanak-kanak dan haiwan peliharaan yang sebahagiannya diselamatkan oleh bot penyelamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya