Tanah ‘berhantu’ kini jadi kebun sayur - Utusan Malaysia

Tanah ‘berhantu’ kini jadi kebun sayur

PENDUDUK kampung Miji mengusahakan tanaman sayuran di kawasan tanah yang sebelum ini dianggap tempat ‘keras’. - KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah kawasan tanah terbiar di perkampungan Miji di Mojokerto, Jawa Timur sebelum ini pernah dianggap berhantu oleh penduduk setempat.

Tanggapan itu menyebabkan penduduk di kampung berkenaan enggan melalui jalan berhampiran kawasan terbiar tersebut kerana takut diganggu makhluk halus.

Namun, keadaan mula berubah pada awal tahun ini apabila kawasan terbiar itu dibangunkan menjadi kebun sayur mini yang diusahakan oleh penduduk setempat.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Hambali menceritakan, idea kebun sayur itu dicetuskan oleh ketua kampungnya iaitu Setyo Wahyudi.

“Dulu, tiada penduduk yang berani lalu depan kawasan tanah terbiar itu kerana banyak cerita seram berkaitan tempat itu.

“Kini, kawasan itu menjadi tumpuan penduduk kampung bersama-sama mengusahakan tanaman sayur,” katanya kepada Kompas.com.

Hambali juga memaklumkan mereka menanam sayuran organik tanpa menggunakan baja sintetik untuk menghasilkan sayur yang lebih sihat.

Kebun itu juga menjadi sumber pendapatan baharu bagi penduduk kampung tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya