Supermodel berhijab pertama dunia bersara - Utusan Malaysia

Supermodel berhijab pertama dunia bersara

HALIMA ADEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Halima Aden bersara dari pentas peragaan kerana mendakwa dirinya terpaksa berkompromi dengan agama Islam selepas tiga tahun memegang takhta supermodel pertama di dunia memakai yang hijab. 

Lapor Daily Mail, Halima, 23, yang pernah menjadi duta pakaian jenama penyanyi Rihanna dan kanye West menjadi terkenal di seluruh dunia pada usia 19 tahun kerana imejnya yang berhijab.

Supermodel itu mendedahkan perkara tersebut menerusi Twitter, baru-baru ini.

Jelas Halima, dia sering berasa kecewa apabila waktu solatnya terganggu akibat jadual penggambaran yang tidak menentu, selain ‘dipaksa’ untuk melupakan seketika imejnya sebagai model muslimah dan berhijab.

Katanya, sewaktu sesi penggambaran bagi koleksi pakaian Eagle Outfitters, dia terpaksa bersetuju memakai sepasang seluar jeans keluaran syarikat itu di kepalanya bagi menggantikan tudung. 

Hal ini kerana syarikat tersebut ‘kurang selesa dengan imej hijab yang dibawanya’.

Akibatnya, Halima menangis selepas sesi penggambaran tersebut dan sejak itu, dia mula ‘tawar hati’ dengan industri peragaan.

“Kenapa saya perlu membenarkan mereka meletakkan jeans atas kepala dan dalam masa sama saya hanya memakai skirt dan gaun panjang? Insiden itu buatkan saya sangat sedih dan itu bukan diri saya,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya