Sudah, sudahlah Trump - Utusan Malaysia

Sudah, sudahlah Trump

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pasukan Kempen Pilihan Raya Presiden Donald Trump mengambil langkah perundangan untuk mengatasi kekalahan dengan memfailkan tuntutan mahkamah di Michigan bagi menghalang kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya Amerika Syarikat (AS) lalu.

Pasukan kempen Trump memfailkan tuntutan di mahkamah persekutuan bagi menghalang Michigan daripada mengiktiraf keputusan pilihan raya presiden di negeri itu pada 3 November lalu.

Berdasarkan kajian Edison, Trump ketinggalan kira-kira 148,000 undi atau 2.6 peratus dalam jumlah undian diperolehi Michigan secara tidak rasmi.

Tuntutan itu mendakwa wujudnya salah laku ketika proses pengundian dengan memfokuskan di kubu kuat parti Demokrat, Wayne County yang turut merangkumi Detroit.

Seorang jurucakap bagi Jabatan Negeri Michigan, Jake Rollow berkata, kempen Trump hanya melemparkan dakwaan palsu bagi menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap pilihan raya.

“Ia tidak mengubah kebenaran, pilihan raya presiden di Michigan dilakukan secara adil, aman, telus dan hasil keputusan itu adalah gambaran tepat mengenai kehendak rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Biden meraih kemenangan dalam pilihan raya presiden AS ke-46 dengan memperolehi lebih 270 undi elektoral yang diperlukan bagi menjadi Presiden AS.

Calon dari Parti Demokrat itu juga memenangi majoriti undi popular dengan mencatatkan lebih 5 juta undi dengan proses pengiraan masih berlaku di beberapa negeri.

Beberapa ahli Demokrat dan pengkritik lain mendakwa Trump cuba merosakkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pilihan raya AS dan mengesahkan kemenangan Biden menerusi tuduhan tidak berasas berhubung penipuan pengundian ketika calon parti Republikan itu cuba mengekalkan jawatannya.

Dalam pada itu, Setiausaha Negeri Georgia, Brad Raffensperger mengumumkan akan mengira semula kesemua undi di negeri itu.

Katanya, proses itu dijangka bermula pada minggu ini sehingga 20 November depan.

“Ini sudah pasti akan memakan masa kerana melibatkan jumlah yang banyak,” katanya dalam sidang akhbar.

Jelas Raffensperger, kiraan undi di Georgia menunjukkan Biden mendahului Trump dengan hanya 14,101 undi daripada kira-kira 5 juta undi di seluruh negeri.

Katanya, margin yang kecil merupakan antara faktor Georgia mengambil langkah untuk mengira semula undian. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya