Singapura rampas dadah bernilai S$2 juta - Utusan Malaysia

Singapura rampas dadah bernilai S$2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) merampas dadah bernilai hampir S$2 juta (RM6.1 juta) termasuk heroin seberat 14 kilogram.

Lapor Berita Mediacorp, rampasan itu merupakan yang terbesar dalam tempoh 19 tahun, menurut CNB hari ini.

Sejumlah 14,151 gram dadah jenis heroin, 2,853 gram syabu dan 7,553 gram ganja dirampas dalam operasi yang dilancarkan kelmarin.

Turut dirampas termasuk 323 gram kepingan ekstasi, 28 pil ekstasi, 1,008 pil Erimin-5 dan wang tunai berjumlah S$12,629 (RM38,643).

Lima orang termasuk tiga lelaki dan dua wanita yang berusia antara 29 dengan 55 tahun turut diberkas.

Kali terakhir CNB merampas jumlah heroin sebesar ini adalah pada 2001, dengan rampasan dadah seberat sekitar 14.9 kilogram.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya