Singapura hentikan pengeluaran wang kertas S$1,000 - Utusan Malaysia

Singapura hentikan pengeluaran wang kertas S$1,000

SINGAPURA bakal menghentikan pengeluaran wang kertas denominasi S$1,000 bermula Januari tahun depan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Singapura akan menghentikan pengeluaran wang kertas bernilai S$1,000 bermula Januari tahun depan bagi mengurangkan aktiviti pengubahan wang haram dan pembiayaan organisasi keganasan.

Lapor The Edge Markets, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) hari ini memaklumkan kuantiti wang kertas S$1,000 akan diterhadkan setiap bulan bermula sekarang hingga Disember ini.

“Ini merupakan langkah awal untuk mencegah kegiatan pengubahan wang haram dan risiko pembiayaan organisasi keganasan dengan menggunakan wang kertas berdenominasi besar.

“Pendekatan ini juga selaras dengan ketetapan antarabangsa dan kebanyakan undang-undang global juga sudah menghentikan pengeluaran wang kertas berdenominasi besar,” jelas MAS.

Dalam pada itu, wang kertas S$1,000 sedia ada masih boleh digunakan untuk pembayaran.

MAS juga memaklumkan wang kertas denominasi lain akan diwujudkan untuk memenuhi permintaan dan ketika ini, duit kertas S$100 merupakan nilai denominasi tertinggi.

Selain itu, penduduk republik ini digalakkan untuk menggunakan kaedah pembayaran elektronik seperti PayNow dan FAST.

Singapura menghentikan pengeluaran wang kertas bernilai S$10,000 pada 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya