Sering didera, isteri upah bunuh suami - Utusan Malaysia

Sering didera, isteri upah bunuh suami

SEORANG wanita didakwa merancang bunuh suaminya dengan membayar dua pembunuh upahan di Jakarta Timur, Indonesia. - TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Akibat tidak tahan didera secara fizikal dan mental, seorang wanita di Jakarta Timur sanggup membayar dua pembunuh upahan untuk menamatkan riwayat suaminya.

Lapor Tribunnews, wanita yang dikenal pasti sebagai Dian Safitri, 32, itu dituduh membayar sebanyak 100 juta rupiah (RM28,931) kepada dua pembunuh upahan bagi ‘menghapuskan’ suaminya, Lucky Hutagaol, 32.

Ketua Polis Jakarta Timur, Arie Ardian Rishadi berkata, ketika ditahan, wanita itu terus mengaku bahawa dia merancang untuk membunuh suaminya.

“Suspek menceritakan dia sering didera oleh suaminya sejak 10 tahun lepas, termasuk dipukul setiap kali mangsa dalam keadaan mabuk.

“Akibat sudah tahan didera hampir setiap hari, suspek membuat rancangan untuk membunuh suaminya dengan mengupah dua pembunuh upahan,” katanya.

Jelas Arie, Dian bersama adiknya merancang untuk menjadikan kematian suaminya seperti dirompak dan bukannya dibunuh.

“Pada hari kejadian, dua pembunuh upahan tersebut masuk ke rumah Dian kononnya untuk merompak, namun hanya mangsa yang dicederakan dan supek tidak mengalami sebarang kecederaan, termasuk dua anak mereka.

“Hasil soal siasat mendapati suspek yang merancang semua kejadian itu dan mengakui kesalahannya,” ujar Arie.

Suami suspek kini kritikal dan dirawat di sebuah hospital di sini, manakala dua suspek pembunuh upahan yang berusia antara 16 dan 17 tahun itu juga sudah ditahan untuk bantu siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya