Saintis nuklear terkemuka Iran dibunuh - Utusan Malaysia

Saintis nuklear terkemuka Iran dibunuh

A handout picture provided by the Iranian Supreme Leader's official website on November 27, 2020, shows Iranian scientist Mohsen Fakhrizadeh (R) during a meeting with the Iranian supreme leader (unseen) in Tehran, on January 23, 2019. - Iran said Mohsen Fakhrizadeh, one of its most prominent nuclear scientists, was assassinated in an attack on his car outside Tehran that it accused arch foe Israel of being behind. (Photo by - / KHAMENEI.IR / AFP) / === RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO / HO / KHAMENEI.IR" - NO MARKETING NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS ===
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 TEHRAN: Iran mendakwa salah seorang saintis nuklear terkemuka di negaranya telah dibunuh oleh Israel dalam satu serangan berhampiran bandar Absard di wilayah Damavand timur, semalam.

Menurut Kementerian Pertahanan Iran dalam satu kenyataan, saintis berkenaan, Mohsen Fakhrizadeh mengalami cedera parah ketika penyerang menyasarkan keretanya sebelum terlibat dalam pertempuran dengan pasukan pengawalnya.    

Tambah kenyataan itu, Mohsen yang mengetuai pertubuhan inovasi dan penyelidikan kementerian itu, dilaporkan meninggal dunia selepas pasukan perubatan gagal berjaya menyelamatkannya.

Mohsen yang pernah dianggap oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai bapa program senjata nuklear Iran, sedang dalam perjalanan di dalam sebuah kereta yang membawanya ketika kejadian itu.

Dalam pada itu, Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif dalam ciapan di Twitter mendakwa terdapat bukti kukuh menunjukkan peranan Israel dalam pembunuhan saintis itu.

“Pengganas membunuh seorang saintis terkemuka Iran. Tindakan pengecut dengan bukti serius mengenai penglibatan Israel menunjukkan terdesaknya tindakan melampau pelaku tersebut,”katanya.

Pembunuhan Mohsen berlaku kurang daripada dua bulan sebelum Joe Biden dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS). – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya