Rin Kambe, wanita `Rapunzel Jepun' - Utusan Malaysia

Rin Kambe, wanita `Rapunzel Jepun’

RIN KAMBE menerima jolokan `Rapunzel Jepun' kerana memiliki rambut sepanjang 182.88 sentimeter. - RIN KAMBE/ INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang wanita berusia 35 tahun menerima jolokan `Rapunzel Jepun’ kerana memiliki rambut sepanjang 182.88 sentimeter.

Lapor Oddity Central, Rin Kambe yang berasal dari Tokyo berkata, kali terakhir dia memotong rambut adalah sejak 15 tahun lalu. 

 Menurut Rin, ketika kecil, keluarganya tidak membenarkan dia menyimpan rambut yang panjang. 

“Saya dibesarkan oleh ibu bapa yang tegas, malah ketika kecil saya menyertai pasukan bola sepak kanak-kanak dan memerlukan saya menyimpan rambut yang pendek. 

“Selepas itu, saya mula menyimpan rambut panjang apabila menyertai tarian ketika berusia 20-an,” katanya yang kini bekerja sebagai penari dan model. 

Meskipun mengakui kadang-kala agak sukar untuk menguruskan rambutnya ketika melakukan sesuatu kerja seperti menukar pakaian, Rin berkata, dia masih menyukai rambut panjangnya.

Tambahnya, memiliki rambut panjang juga dianggap sebagai antara ciri `kecantikan Asia’.      

Jelas Rin, dia kerap kali ditanya mengenai keaslian rambutnya malah berdepan dengan reaksi orang ramai yang berbeza.

“Ada yang sangat kagum dengan rambut panjang saya dan ada juga yang menganggapnya agak keterlaluan..

“Walaupun menerima komen benci di media sosial disebabkan penampilan luar biasa, saya masih menerimanya kerana setiap orang berhak memberi pandangan masing-masing,” katanya.   

Dalam pada itu, Rin berkata, setakat ini dia tidak bercadang untuk memotong rambut dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya