Putera Mahkota Salman perdana menteri baharu Bahrain - Utusan Malaysia

Putera Mahkota Salman perdana menteri baharu Bahrain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAHRAIN: Raja Bahrain, Hamad Isa Al-Khalifa menamakan Putera Mahkota Salman Al-Khalifa sebagai perdana menteri baharu negara itu bagi menggantikan Sheikh Khalifa Salman Al-Khalifa,84, yang meninggal dunia pagi ini di Hospital Mayo, Amerika Syarikat (AS). 

Lapor Al-Jazeera, Raja Bahrain itu mengumumkan upacara berkabung selama seminggu dan bendera akan diturunkan separuh tiang. 

Upacara pengebumian akan dijalankan dengan kehadiran terhad selepas penghantaran balik jenazahnya dari luar negara. 

Sheikh Khalifa merupakan antara perdana menteri yang paling lama berkhidmat di dunia yang memimpin negara teluk itu sejak 1971. 

Beliau juga terselamat daripada tunjuk perasaan Arab Spring 2011 yang menuntut penyingkirannya berhubung tuduhan rasuah. 

Tindak balas tegasnya terhadap protes prodemokrasi dan kritikan terhadap rusuhan serupa di seluruh dunia Arab menggambarkan ciri penting dalam kariernya yang memiliki pertahanan kuat terhadap pemerintahan dinasti kerana Keluarga Al-Khalifa memerintah Bahrain sejak 1783.

Ogos lalu, Sheikh Khalifa meninggalkan negara itu bagi melakukan kunjungan peribadi ke luar negara. 

Awal tahun ini, beliau menghabiskan masa di Jerman untuk mendapatkan rawatan perubatan sebelum kembali ke Bahrain pada Mac lalu. 

Bahrain, sekutu negara jiran Arab Saudi dan AS, juga merupakan markas Armada Kelima Angkatan Laut AS.

Kehebatan dan kekayaan Sheikh Khalifa dapat dilihat di merata tempat di Bahrain bahkan potret rasminya digantung selama berdekad di dinding sebaris dengan pemerintah lain negara itu. 

Beliau memiliki pulau peribadinya untuk bertemu orang kenamaan yang dilengkapi dengan taman yang mempunyai burung merak dan antelope yang bebas berkeliaran di kawasan itu. 

Tahun-tahun berikutnya menyaksikan Bahrain berkembang pesat ketika berusaha mengelakkan pergantungan terhadap sumber minyak yang semakin berkurangan. 

Manama pada masa itu berfungsi sebagai Dubai di Emiriah Arab Bersatu yang akhirnya menjadi pusat kewangan, perkhidmatan dan pelancongan serantau.

Pembukaan Tambak Raja Fahd pada 1986 menghubungkan Bahrain dengan negara jirannya, Arab Saudi yang kaya dan berkuasa. 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya