Polis rampas 10,000 pisau di Britain - Utusan Malaysia

Polis rampas 10,000 pisau di Britain

LEBIH 2,000 suspek ditangkap dan 10,000 pisau dirampas selepas pihak polis melaksanakan operasi membanteras Jenayah Pisau Kebangsaan di England dan Wales. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih 2,000 suspek ditangkap dan 10,000 pisau dirampas selepas pihak polis melaksanakan operasi membanteras Jenayah Pisau Kebangsaan selama seminggu.  

Lapor Daily Mail, pembanterasan itu termasuk alat senjata dan pisau yang dilakukan antara 9 hingga 15 November lalu melibatkan 43 pegawai polis di England dan Wales . 

Ketua Polis Negara (NPCC) berkata, suspek yang ditangkap itu diletakkan di bawah pemantauan dengan lebih 500 ditangkap kerana didakwa berhubung kesalahan berkaitan jenayah melibatkan pisau.  

Jelasnya, operasi yang dilancarkan itu menghantar satu mesej yang jelas bahawa pihaknya tidak akan bertoleransi dengan jenayah melibatkan pisau. 

Operasi turut melibatkan Pasukan Sempadan yang menerima 1,000 rujukan tentang individu yang cuba mengimport senjata terlarang itu. 

Timbalan Penolong Pesuruhjaya NPCC, Graham McNulty berkata, ancaman bahaya itu menyebabkan keluarga dan komuniti mendepani kehilangan nyawa ahli keluarga yang tragis berkaitan jenayah pisau dan sebab itu fokus terhadap isu ini kekal menjadi keutamaan. 

Angka yang didedahkan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan Ogos lalu menunjukkan sejak 10 tahun lalu, kesalahan melibatkan pisau meningkat di England dan Wales. 

Rekod polis menunjukkan sebanyak 45,627 kesalahan melibatkan pisau dan senjata tajam. 

Tahun lalu di England dan Wales, terdapat 435 percubaan membunuh melibatkan pisau atau peralatan tajam serta 4,151 ancaman bunuh melibatkan pisau. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya