Polis buru suspek bom - Utusan Malaysia

Polis buru suspek bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Polis Arab Saudi memburu suspek berhubung tragedi pengeboman yang mensasarkan diplomat asing semasa menghadiri upacara peringatan perang. 

Lapor Arab News, sekurang-kurangnya dua orang tercedera semasa alat peranti itu meletup di kawasan perkuburan Khawajat semasa Konsul Perancis menyampaikan ucapan memperingati Hari Gencatan Senjata tahunan yang menandakan berakhirnya perang dunia pertama. 

“Kami mendengar bunyi letupan semasa di hujung ucapan tersebut. Pada mulanya kami tidak faham, tetapi kemudian baru kami sedar bahawa kami adalah sasaran. 

“Kami panik dan takut sekiranya terjadi letupan kedua,” kata saksi kejadian, Nadia Chaaya. 

Seorang pegawai polis Arab Saudi dan rakyat Greece yang tinggal di negara ini mengalami kecederaan ringan akibat letupan itu. 

Pihak keselamatan Arab Saudi kemudian menutup laluan ke tempat kejadian dan membuat sekatan jalan raya menuju ke kawasan perkuburan di arah Selatan pusat bandar ketika siasatan dimulakan. 

Pihak berkuasa Mekah menyifatkan serangan itu sebagai pengecut dan gagal. 

Sumber kerajaan Arab Saudi memberitahu insiden itu dalam siasatan dan laporan akan dikeluarkan secepat mungkin. 

Kedutaan Perancis di Riyadh menggesa rakyatnya di negara itu berada dalam keadaan waspada sejak pengawal keselamatan mereka di Konsulat Jeddah ditikam 29 Oktober lalu iaitu hari sama seorang lelaki menikam tiga mangsa di Gereja Nice, Perancis. 

Sebagai reaksi terhadap insiden itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan sebagai serangan pengecut dan menegaskan negara itu bersatu hati mendokong kerajaan dalam segala isu demi menjaga keamanan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya