Pfizer mohon kelulusan FDA - Utusan Malaysia

Pfizer mohon kelulusan FDA

PFIZER dan BioNTech memohon kelulusan daripada FDA untuk membolehkan vaksin keluarannya digunakan secepat mungkin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat farmaseutikal Pfizer dan firma bioteknologi BioNTech dijangka memfailkan permohonan bagi mendapatkan kelulusan pihak berkuasa untuk menggunakan vaksin Covid-19 keluarannya hari ini.

Permohonan sementara itu dikemukakan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) yang bertujuan menangani pandemik Covid-19 ketika ini.

Setiausaha Kesihatan AS, Alex Azar berkata, kedua-duaa syarikat tersebut sudah bersedia untuk melancarkan vaksin Covid-19 yang mereka hasilkan dan akan memfailkan permohonan kelulusan kepada FDA hari ini.

Namun, FDA tidak menyatakan berapa lama masa diambil untuk meneliti data keberkesanan vaksin yang dihasilkan oleh kedua-dua syarikat tersebut.

Ketua saintifik operasi pembangunan vaksin AS, Moncef Slaoui sebelum ini memaklumkan pihak berkuasa negara ini berkemungkinan memberi ‘lampu hijau’ kepada syarikat terlibat untuk mengedarkan vaksin keluaran mereka pada Disember ini.

Ketika ini, vaksin keluaran Pfizer dan BioNTech serta Moderna mendahului syarikat lain di seluruh dunia apabila masing-masing mengumumkan vaksin mereka mempunyai tahap keberkesanan melebihi 90 peratus.

Pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua syarikat tersebut memberi sinar kepada populasi dunia untuk bebas daripada ancaman Covid-19 yang ketika ini sudah meragut sekurang-kurangnya 1.3 nyawa.

Sementara itu, Azar juga memaklumkan Moderna dijangka memfailkan permohonan kelulusan yang sama tidak lagi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya