NEW DELHI: Sebuah perkampungan kecil Gumatapura di India menjadi terkenal di seluruh dunia selepas meraikan minggu akhir akhir perayaan DiwaliDeepavali dengan cara yang unik iaitu melakukan ‘pertarungan najis lembu’.
Memetik laporan Oddity Central, acara yang dinamakan ‘Gorehabba’ itu akan bermula dengan mengumpulkan najis lembu dan kemudiannya dijadikan sebagai ‘peluru’ atau ‘objek balingan’ kepada pihak lawan.
Sebelum pertarungan bermula, kesemua najis lembu yang dikumpul akan diarak ke kuil bagi mendapat restu sami.
Kemudian, para peserta akan memulakan ‘peperangan’ dengan membaling najis tersebut ke arah orang ramai.
Acara itu kini menjadi aktiviti tahunan bagi penduduk di perkampungan tersebut.
Sebuah lagi perkampungan di negeri Andhra Pradesh juga melakukan acara yang sama setiap tahun.
Malahan, penduduk yang menyertai acara tersebut mendakwa pertarungan najis lembu mempunyai manfaat tersendiri.
Kebanyakan mereka percaya najis lembu boleh merawat pelbagai penyakit dan mengelak mereka daripada penyakit berbahaya.
Namun, kebimbangan masih menjadi keutamaan susulan pandemik Covid-19 yang tinggi di India.