Permainan bernilai setengah juta pound dirampas - Utusan Malaysia

Permainan bernilai setengah juta pound dirampas

POLIS West Midlands menemui sejumlah besar alat permainan, koleksi figura filem adiwira dan komik di dua gudang di Black Country dan Yorkshire. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Polis berjaya merampas sejumlah besar alat permainan kanak-kanak yang dicuri termasuk koleksi figura filem adiwira dan komik terkenal yang bernilai setengah juta paun dalam beberapa siri serbuan.  

Lapor Daily Mail, puluhan ribu barang berharga termasuk memorabilia Marvel, Star Wars, Transformers dan Game of Thrones dirampas oleh polis.  

Polis West Midlands menemui barangan berkenaan di dua gudang industri yang terletak di Black Country dan Yorkshire.

Menurut pihak polis, barangan tersebut dirampas sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap kumpulan sindiket terancang berikutan insiden kecurian di West Midlands dan Cheshire. 

Hasil siri serbuan dilakukan itu mendedahkan puluhan ribu kotak yang mengandungi barangan curi seperti cenderamata, permainan papan, koleksi figura diimport dari seluruh dunia dan watak komik lama.

Barangan tersebut dicuri dari gudang industri di Wolverhampton dan Runcorn yang mana ia disimpan oleh perniagaan dalam talian pada September lalu. 

Polis menemui stok barangan bernilai kira-kira 200,000 paun (RM1.09 juta) di dalam treler besar di Highfields Road, Bilston, West Midlands, bulan lalu.

Menurut polis, beberapa koleksi alat permainan lain dijual secara dalam talian sehingga menyebabkan pasukan tersebut melakukan serbuan di sebuah unit perniagaan di Yorkshire.

Jelas polis, barangan curi lain yang ditemukan di Wedfield, West Midlands dan semuanya kini tdikembalikan semula kepada pemilik yang sah agar perniagaan dapat dijalankan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya