Perdana Menteri Bahrain meninggal dunia - Utusan Malaysia

Perdana Menteri Bahrain meninggal dunia

PERDANA Menteri Bahrain, Sheikh Khalifa Salman al Khalifa meninggal dunia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANAMA: Perdana Menteri Bahrain yang paling lama berkhidmat, Sheikh Khalifa Salman al Khalifa meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Beliau meninggal dunia di Hospital Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS).

Sehubungan itu, Raja Bahrain, Raja Sheikh Hamad Isa Al Khalifa mengumumkan tempoh berkabung adalah selama seminggu.

Sepanjang tempoh tersebut, bendera di seluruh negara akan dikibarkan separuh tiang. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN