Pengguna saman aplikasi Muslim Pro - Utusan Malaysia

Pengguna saman aplikasi Muslim Pro

SYARIKAT Muslim Pro didakwa menjual data kepada sebuah firma yang dikaitkan dengan tentera Amerika Syarikat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pengguna aplikasi solat, Muslim Pro di Perancis memfailkan saman terhadap syarikat aplikasi tersebut hari ini kerana dituduh menjual data pengguna kepada tentera Amerika Syarikat (AS). 

Tuntutan saman yang didedahkan oleh radio RTL itu menuduh syarikat terbabit melakukan kesalahan perlindungan data, penyalahgunaan kepercayaan, membahayakan nyawa orang dan melibatkan konspirasi pembunuhan.

Pada minggu lalu, kumpulan media Vice melaporkan mengenai bagaimana tentera AS membeli data geolokasi pengguna daripada beberapa aplikasi di seluruh dunia.

Aplikasi itu termasuk Muslim Pro yang memudahkan pengguna untuk mengetahui masa solat dan arah kiblat, selain mempunyai sebanyak 95 juta pengguna di seluruh dunia. 

Menurut Vice, syarikat aplikasi tersebut menjual data pengguna kepada sebuah firma yang dikenali sebagai X-Mode yang kemudiannya dijual kepada pasukan tentera AS.

Pasukan khas tentera AS pula dilaporkan menggunakan kesemua data yang diperoleh dalam beberapa misi di luar negara.

Sehari selepas Vice mengeluarkan laporan tersebut, Muslim Pro memaklumkan pihaknya sudah menamatkan semua perkongsian data dengan sejumlah syarikat lain.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya