JAKARTA: Seorang pelajar sekolah menengah di Tarakan, Kalimantan Utara tekad membunuh diri kerana tertekan dengan arahan mengikuti proses pembelajaran secara jarak jauh. Jakarta Post memetik Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) melaporkan, pelajar tersebut bunuh diri sehari selepas menerima surat dari sekolah yang memaklumkan dia mempunyai tunggakan tugasan yang belum dihantar. Surat itu juga memaklumkan pelajar tersebut tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan akhir sekiranya gagal menghantar kesemua tugasan yang diberi. Pesuruhjaya KPAI, Retno Listyarti berkata, insiden itu merupakan kali ketiga berlaku melibatkan pelajar tertekan kerana perlu mengikuti pembelajaran jarak jauh. “Bunuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya