Pasangan antara benua pertama kahwin guna Zoom - Utusan Malaysia

Pasangan antara benua pertama kahwin guna Zoom

PASANGAN itu memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan menerusi aplikasi zoom agar dapat hidup bersama. - AUGUSTINA MONTEFIORI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang kekasih yang menetap di dua negara berlainan menjadi pasangan pertama di dunia melangsungkan perkahwinan mereka melalui aplikasi Zoom setelah berpisah selama 10 bulan akibat pandemik Covid-19.

Lapor Daily Mail, Scott Marmon, 32, dari New York dan Augustina Montefiori, 28, dari Argentina mula menjalin hubungan sejak mereka bertemu di Denver, Colorado pada Mei 2017.

Namun, pasangan kekasih itu terpaksa berpisah buat semntara waktu setahun lalu selepas Montefiori pulang ke Buenos Aires.

Marmon melamar Montefiori pada Januari lalu dan bercadang untuk pindah ke Argentina pada Mac sebelum sekatan perjalanan dilaksanakan di sempadan negara akibat penularan wabak Covid-19.

Pasangan kekasih itu tidak dapat bertemu semula kerana masih belum berkahwin, jadi mereka memutuskan untuk berkahwin pada minggu lalu menerusi panggilan video dalam satu majlis yang berlangsung selama 19 jam.

Marmon dan Montefiori telah diberikan permit kebenaran perkahwinan untuk berkahwin secara dalam talian oleh kerajaan negeri Utah.

Pasangan kekasih itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan dalam jarak sejauh 966 kilometer di hadapan hakim di Utah, ahli keluarga dan kenalan rapat.

Dalam pada itu, Marmon kini bercadang untuk memohon visa penyatuan keluarga agar dapat berpindah ke Argentina dan bertemu semula dengan isterinya.

Pasangan itu juga merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan yang sebenar pada Mei tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya