Pakar bedah Maradona disiasat - Utusan Malaysia

Pakar bedah Maradona disiasat

LEOPOLDO Luque bergambar dengan Diego Maradona di Olivos, Buenos Aires, Argentina. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Walaupun bintang bola sepak Argentina, Diego Maradona selamat disemadikan minggu lalu, namun, punca kematiannya masih dipersoalkan sehingga sekarang. 

Pakar bedah, Leopoldo Luque yang merawat Maradona menjelaskan dia tidak menyembunyikan sebarang perkara kerana sudah melakukan rawatan terbaik terhadap legenda bola sepak dunia itu.  

Pendakwa Raya di San Isidro memaklumkan pihaknya masih melakukan siasatan sementara televisyen Argentina menyiarkan pihak polis melakukan serbuan di rumah doktor tersebut. 

Pejabat pendakwa raya mengeluarkan kenyataan pihaknya menganalisis bahan yang dikumpulkan tetapi masih belum ada keputusan yang dibuat. 

Siasatan itu berpunca akibat kebimbangan yang ditimbulkan oleh anak perempuan Maradona iaitu Dalma, Gianinna dan Jana mengenai rawatan yang diterima ayah mereka berhubung keadaan jantung di rumahnya di Tigre, kata sumber kehakiman. 

Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu lalu semasa berusia 60 tahun serta disemadikan di tanah perkuburan Jardin de Paz di pinggir bandar Argentina. 

“Siasatan sedang dijalankan, kami menyoal siasat saksi termasuk anggota keluarga Maradona,” menurut sumber. 

“Klinik mengesyorkan mendiang pergi ke tempat lain untuk dimasukkan ke hospital, tetapi keluarga memutuskan sebaliknya. Anak-anak perempuannya menandatangani supaya Maradona keluar dari hospital,” kata salah seorang ahli keluarga. 

Doktor itu kemudian mengadakan sidang akhbar yang disiarkan secara emosional. 

“Anda ingin tahu apa tanggungjawab saya? Saya mencintainya, menjaganya, memanjangkan umurnya dan memperbaikinya hingga akhir. 

“Saya seorang pakar bedah saraf. Saya adalah orang yang menjaganya dan berbangga dengan semua perkara yang dilakukan. Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan. Saya berada di bawah keadilan,” luahnya.

Doktor itu menjelaskan dirinya melakukan sehabis baik dan menganggap dirinya sebagai teman Maradona serta merawatnya sebagai seorang ayah bukannya seorang pesakit. 

Luque malah menyiarkan gambar dirinya bersama Maradona ketika bekas pemain itu keluar dari hospital 12 November lalu iaitu selepas lapan hari doktor berusaha mengeluarkan darah beku daripada otaknya. 

Maradona pulang ke rumahnya di Tigre dan mendapatkan rawatan perubatan sepanjang masa supaya dapat bersama dengan anak perempuannya. 

Luque mempersoalkan mengapa tiada peralatan defibrillator sekiranya berlaku serangan jantung di rumahnya dan menjelaskan rawatan di rumah bukan tanggungjawabnya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya