New Zealand benarkan hijab untuk polis wanita - Utusan Malaysia

New Zealand benarkan hijab untuk polis wanita

ZEENA Ali menjadi anggota polis wanita pertama yang memakai hijab di New Zealand. - NEW ZEALAND POLICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Polis New Zealand memperkenalkan pilihan berhijab dalam pasukan beruniform itu untuk menggalakkan lebih ramai wanita beragama Islam menyertai badan perkhidmatan tersebut.

Lapor Arab News, Konstabel Zeena Ali bakal menjadi anggota polis wanita Islam pertama New Zealand memakai hijab khas yang direka untuk dipadankan dengan uniform polis.

Kata Zeena, langkah itu secara tidak langsung dapat memberi keyakinan kepada golongan wanita Islam untuk menyertai pasukan polis tanpa perlu membuka hijab.

“Saya mula menyertai polis ketika insiden keganasan di Christchurch berlaku. Jika saya sudah menamatkan latihan sebagai konstabel, saya bercadang untuk bertemu dengan keluarga mangsa,” katanya.

Selain itu, Zeena memberitahu dia berasa gembira kerana turut diberi penghargaan untuk bersama-sama mereka hijab khas bagi dipadankan dengan uniform polis.

Malah, wanita itu juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Kolej Polis New Zealand yang menyediakan hidangan halal dan bilik solat sepanjang tempoh dia menjalani latihan.

“Saya rasa bersyukur kerana segala urusan latihan polis dipermudahkan termasuk keperluan saya sebagai orang Islam,” ujarnya.

Sementara itu, Polis Metropolitan London juga membenarkan anggota wanita Islam memakai hijab pada 2001, diikuti Polis Scotland pada 2015 dan Maha Sukkar menjadi anggota polis wanita pertama Australia yang mengenakan hijab pada 2004.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya