Mesir temukan 100 lagi keranda kuno - Utusan Malaysia

Mesir temukan 100 lagi keranda kuno

SEBAHAGIAN daripada keranda kuno yang ditemukan dipamerkan di Saqqara di Kaherah, Mesir. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Kementerian Antikuiti Mesir menemui sebanyak 100 keranda kuno yang antaranya ‘diisi’ mumia dan 40 patung bersalut emas di selatan ibu negara.

Kesemua patung dan keranda kayu yang dikebumikan lebih 2,500 tahun lalu itu kini diletakkan dan dipamerkan di Piramid Djoser yang terkenal di Saqqara.

Media tempatan melaporkan, semua mumia yang berada dalam keranda terbabit masih berkeadaan baik dan diselaputi kain.

Kumpulan ahli arkeologi juga melakukan imbasan sinar-x yang menunjukkan struktur mumia kuno dan bagaimana jasad berkenaan terpelihara sepanjang tempoh terbabit..

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan dan Antikuiti, Khaled El-Anany memberitahu, penemuan itu dipercayai berasal dari dinasti Ptolemaic yang memerintah Mesir sekitar 300 tahun iaitu  dari 320 Sebelum Masihi (SM)  hingga 30 SM dan Zaman Akhir (664-332 SM).

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) turut menyenaraikan  Memphis sebagai satu daripada tapak warisan dunia pada tahun 1970.

Selain itu, Khalid memberitahu, pihak berkuasa akan memindahkan artifak terbabit ke tiga muzium di Kaherah antaranya termasuklah Muzium Agung Mesir yang dalam pembinaan berhampiran Piramid Giza.

Menurutnya penemuan ini adalah yang terbaharu dalam siri  penemuan arkeologi di Mesir. 

Pihak berkuasa antikuiti menemui sekurang-kurangnya 140 keranda tertutup berserta mumia di kawasan yang sama di Saqqara sejak September lalu.

Mesir ‘mempromosikan’ penemuan arkeologinya sebagai salah satu langkah memacu industri pelancongan selepas pergolakan politik pada tahun 2011.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya