Menyamar wartawan cabul kanak-kanak - Utusan Malaysia

Menyamar wartawan cabul kanak-kanak

SUSPEK menyamar sebagai wartawan penyiaran untuk mencabul kanak-kanak dalam satu insiden di Tangerang Selatan, Indonesia. - TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki sanggup menyamar sebagai wartawan sebuah stesen penyiaran televisyen untuk mencabul kanak-kanak.

Lapor TribunNews, suspek akan mengumpan mangsa dengan memberitahu mereka akan diberi hadiah atau berpeluang bertemu dengan artis terkenal jika mengikutnya.

Menurut polis, kegiatan suspek terbongkar selepas perbuatan terkutuknya dirakam oleh kamera liter tertutup dan dia berjaya ditangkap polis di Pondok Aren, Bandar Tangerang Selatan pada Jumaat lalu.

Jelas polis, suspek turut mengaku bahawa dia mencabul mangsa pada waktu siang di hari kejadian.

Seorang saksi, Rahmawati, 36, yang merupakan penduduk setempat berkata, suspek mengaku dirinya adalah kru daripada stesen televisyen swasta kepada mangsa. 

“Insiden itu berlaku sekitar pukul 11.30 pagi waktu tempatan pada Rabu lalu. Ketika anak saya bermain dengan kawannya, tiba-tiba seorang individu datang menunjukkan kad pengenalan diri yang memaklumkan dia dari stesen televisyen. 

“Suspek kemudiannya memberitahu mangsa bahawa dia akan dapat hadiah berupa topi serta baju jika mengikutnya,” kata Rahmawati. 

Dalam pada itu, pegawai penyiasatan jenayah polis Tangsel, Angga Surya Saputra memaklumkan pihaknya masih merekodkan kenyataan daripada beberapa saksi dan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, pihak polis juga akan mengenal pasti modus operandi yang digunakan suspek untuk menjerat mangsa. 

Menurut Angga, polis masih belum dapat mengenal pasti jika suspek adalah petugas media kerana tiada kad perakuan ditemukan semasa dia ditahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya