Menteri, isteri ditahan berhubung kesalahan rasuah - Utusan Malaysia

Menteri, isteri ditahan berhubung kesalahan rasuah

EDHY PRABOWO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Timbalan Pengerusi Komisi Pencegahan Rasuah  Indonesia (KPK), Nurul Ghufron memaklumkan Menteri Perhubungan Marin dan Perikanan, Edhy Prabowo ditahan di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, hari ini. 

Lapor CNN Indonesia, Edhy ditahan pada pukul 2 pagi waktu tempatan bersama keluarganya dan berada di pejabat KPK bagi penyiasatan lanjut. 

“Tunggu sehingga pendedahan seterusnya. 

“Sekitar pukul 1.23 pagi, terdapat beberapa orang yang turut ditahan kedua-duanya merupakan ahli keluarga kepada menteri tersebut,” katanya.

Portal itu turut memetik sumber agensi antirasuah yang memberitahu, Edhy ditahan di Lapangan Terbang Soetta bersama isterinya, Lis Edhy Prabowo serta kedua-dua pembantu mereka. 

“Mereka menaiki penerbangan ANA AIR dari San Francisco, Amerika Syarikat dan transit di Jepun sebelum mendarat di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta dengan rombongan 13 orang termasuk menteri dan isterinya,” katanya. 

Timbalan Pengerusi KPK, Nawawi Pomolango turut mengesahkan penangkapan tersebut. 

“Memang benar kita sudah menahan beberapa individu malam semalam dan awal pagi ini,” katanya. 

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan akhbar dikeluarkan setakat ini berhubung penahanan Edhy. Tangkapan itu dipercayai berkaitan tugasnya di kementerian tersebut. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya