Macron terdesak ubah kenyataan - Utusan Malaysia

Macron terdesak ubah kenyataan

PRESIDEN Perancis, Emmanuel Macron. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Setelah menerima kecaman hebat daripada komuniti Islam di seluruh dunia termasuk demonstrasi menentang kenyataan berbaur kebencian terhadap Islam, akhirnya Presiden Perancis, Emmanuel Macron mempertahankan dirinya.  

Macron kali ini tampil dengan kenyataan kononnya beliau tidak menentang Islam tetapi hanya menentang golongan pelampau agama. 

Beliau menegaskan, Perancis hanya melawan kumpulan pemisah Islam dan bukannya agama Islam.

Pemimpin itu memberikan respon suatu artikel yang disiarkan oleh Financial Times yang didakwanya disalah tafsir dan sudah dikeluarkan daripada laman web akhbar itu. 

Menerusi satu surat disiarkan di kolum pengarang, Macron berkata, akhbar British itu menuduh beliau stigma terhadap penduduk Islam di Perancis bagi tujuan pilihan raya dan memupuk rasa ketakutan serta rasa curiga terhadap mereka. 

“Saya tidak akan membenarkan sesiapa menuduh Perancis atau kerajaannya memupuk sentimen perkauman terhadap orang Islam,” katanya. 

Sebuah artikel yang ditulis oleh seorang wartawan Financial Times yang diterbitkan Selasa lalu menuduh kecaman Macron terhadap pemisahan Islam berisiko memupuk persekitaran yang bermusuhan bagi orang Islam di negara itu, 

Artikel itu kemudian dikeluarkan daripada laman web itu dan digantikan dengan pemberitahuan mengatakan ‘mengandungi kesalahan fakta.’ 

Presiden Perancis itu mencetuskan tunjuk perasaan dalam kalangan orang Islam di seluruh dunia selepas Macron membenarkan lukisan karikatur yang merujuk Nabi Muhammad SAW sebelum ini. 

Berikutan tunjuk perasaan dan boikot barangan Perancis di seluruh dunia, Macron memberitahu rangkaian Al-Jazeera bahawa beliau memahami karikatur itu mungkin mengejutkan bagi sesetengah pihak.  – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya