Lelaki nyaris mati ikan tersekat di kerongkong - Utusan Malaysia

Lelaki nyaris mati ikan tersekat di kerongkong

PAKAR perubatan berjaya mengeluarkan ikan yang tersekat dalam kerongkong seorang nelayan di Beni Suef, Mesir. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Seorang nelayan hampir maut selepas seekor ikan tersangkut di kerongkongnya sehingga menyebabkan dia sukar bernafas.

Memetik laporan Oddity Central, doktor yang merawatnya di wad kecemasan sebuah hospital di Beni Suef, Mesir terkejut apabila mengetahui pesakit yang dibawa mengalami sesak nafas dan sukar bercakap kerana seekor ikan tersangkut di kerongkongnya.

Katanya, selepas lelaki terbabit diperiksa, ikan terbabit dikesan tersekat di trakea dan mempunyai sedikit ruang untuk lelaki tersebut bernafas.

Sehubungan itu, pasukan pakar melakukan pembedahan endoskopi terhadap lelaki tersebut dan mereka berjaya mengeluarkan ikan berkenaan yang masih hidup.

Jelas doktor, lelaki itu berkemungkinan mati jika dia lambat dibawa ke hospital dan nasibnya baik kerana ikan tersebut dapat dikeluarkan segera.

Keadaan nelayan berusia 40 tahun yang berasal dari sebuah perkampungan Snur di tebing Sungai Nil itu dilaporkan stabil selain mengalami sedikit pendarahan dan dijangka akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas nelayan itu memasukkan ikan tersebut ke dalam mulutnya ketika dia cuba menarik pancing yang mengena dalam satu insiden baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya