Lelaki berpedang serang penduduk di Kanada - Utusan Malaysia

Lelaki berpedang serang penduduk di Kanada

ANGGOTA polis menahan seorang lelaki yang disyaki menyerang penduduk awam sehingga dua mati di Quebec City, Kanada. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Dua maut dan lima cedera diserang seorang lelaki bersenjatakan pedang dalam satu insiden di Quebec City, hari ini.

Jurucakap polis Quebec City, Etienne Doyon berkata, suspek berusia dalam lingkungan 20-an dan bersenjatakan pedang, selain berpakaian seperti pada abad pertengahan.

Suspek yang identitinya belum dikenal pasti ditahan polis pada pukul 1 pagi waktu tempatan dan dibawa ke hospital untuk penilaian kesihatan.

Polis sehingga kini masih belum mengenal pasti motif serangan.

Lima mangsa yang cedera dilaporkan dalam keadaan stabil biarpun ada antara mereka mengalami luka parah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya