PYONGYANG: ketika negara lain di seluruh dunia bertungkus-lumus merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19, berbeza pula dengan keadaan di Korea Utara. Lapor Daily Mail, seorang aktivis mendakwa individu yang dijangkiti wabak Covid-19 di negara ini akan ditempatkan di kem kuarantin dan dibiarkan mati kebuluran. Beberapa laporan turut mendakwa individu yang mempunyai gejala virus itu akan ‘dikurung di rumah mereka tanpa bekalan makanan’ selain pihak berkuasa membakar semua mayat pesakit Covid-19. Seorang aktivis dari badan amal, Helping Hands Korea yang berpusat di Seoul, Tim Peter berkata, sumber di Korea Utara mendakwa sejumlah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya