GUATEMALA: Kira-kira 150 penduduk terkorban atau masih belum diketahui nasib di Guatemala ekoran insiden tanah runtuh akibat Taufan Eta yang memusnahkan sebuah perkampungan orang asli di bahagian utara negara ini. Angka korban itu merupakan tambahan kepada hampir 12 orang yang maut di kawasan lain di Amerika Tengah sejak Taufan Eta membadai Nicaragua pada Selasa lalu. Presiden Alejandro Giammattei berkata, sebuah pasukan tentera sudah tiba di perkampungan utara Queja untuk memulakan operasi mencari dan menyelamat, di tengah kebimbangan sebahagian besar penduduk terbunuh. Katanya, laporan awal menunjukkan bahawa sebanyak 150 rumah dipenuhi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya