Kes guru dipenggal: Empat lagi remaja didakwa - Utusan Malaysia

Kes guru dipenggal: Empat lagi remaja didakwa

MANGSA yang dipenggal dalam satu kejadian di pinggir Paris dikenal pasti sebagai Samuel Paty. - TWITTER/@Sifaoui
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Sebanyak empat lagi remaja didakwa di Perancis membabitkan kes pembunuhan guru sejarah, Samuel Paty yang kepalanya dipenggal selepas menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW ketika mengajar dalam kelas pada 16 Oktober lalu.

Menurut sumber kehakiman, tiga daripada empat pelajar tersebut yang didakwa hari ini disyaki mendedahkan identiti Paty kepada pembunuhnya, Abdullakh Anzorov, 18, sehingga bertindak memburu dan memenggal kepala guru itu di sebuah jalan berhampiran sekolah di pinggir bandar Paris.

Tiga individu berkenaan yang berusia antara 13 dan 14 tahun, didakwa `bersubahat dalam kes pembunuhan keganasan’.

Individu keempat merupakan anak perempuan kepada Brahim Chnina yang melancarkan kempen media sosial mengkritik tindakan Paty kerana menggunakan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW yang disiarkan oleh akhbar mingguan, Charlie Hebdo.

Dia didakwa dengan `tuduhan memfitnah’ mengenai Paty selepas menceritakan versi kejadiannya di dalam kelas walaupun dia sebenarnya tidak menghadiri pelajaran sivik.

Pada awal bulan ini, tiga remaja telah didakwa dalam kes pembunuhan Paty.

Insiden pembunuhan guru itu mencetuskan kemarahan dan mendorong Presiden Perancis, Emmanuel Macron memerangi kumpulan pelampau dan keganasan Islam di negara yang
mengalami gelombang serangan jihad sejak 2015 yang telah mengorbankan lebih 250 mangsa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya