WASHINGTON: Keputusan PIlihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) masih belum berganjak menyaksikan calon Parti Demokrat, Joe Biden mendahului dengan memperoleh sebanyak 264 undi elektoral berbanding Donald Trump yang meraih 214 undi elektoral.
Biden kini hanya memerlukan 6 undi elektoral sahaja lagi untuk memperoleh majoriti 270 undi bagi membolehkannya menjadi Presiden AS yang baharu.
Sehingga pukul 2 petang, Biden mencatatkan sebanyak 50.4 peratus undi popular yang merangkumi sebanyak 72,071,139 undi.
Trump pula mengekori rapat dengan 48 peratus undi popular bersamaan sebanyak 68,598,912 undi.
Sehingga kini keputusan rasmi masih belum diumumkan kerana terdapat beberapa kawasan seperti Nevada, North Carolina, dan Pennsylvania masih dalam proses pengiraan – AFP