LONDON: Sebuah kajian menunjukkan terdapat jumlah persamaan bagi kumpulan pengganas berhaluan kanan dan radikal Islam sekali gus menunjukkan insiden keganasan di Eropah bukan hanya disumbangkan oleh orang Islam semata-mata.
Lapor Arab News, pada Mac tahun lalu, daripada 5,738 rujukan ke program antipengganas dibawah kerajaan iaitu Channel, 1,404 individu (24 peratus) menyatakan kebimbangan terhadap radikalisasi Islam manakala, 1,389 individu (24 peratus) berkaitan radikalisasi sayap kanan.
Katanya, bagi golongan radikal berhaluan kanan, 62 peratus adalah belia hingga usia 20 tahun dan pada 2017 hingga 2018, sebanyak 682 kanak-kanak di bawah usia 18 tahun dikaitkan dengan kumpulan sayap kanan itu.
“Kanak-kanak berumur sembilan tahun dirujuk ke Channel untuk radikalisasi sayap kanan.
“Satu kumpulan anti-ekstremisme, Exit UK, mengatakan 70 peratus individu yang dibantu meninggalkan organisasi sayap kanan itu direkrut secara dalam talian,” katanya.
Laporan itu berkata, propaganda Islamophobia dan mesej membabitkan kumpulan berhaluan kanan menjadi kaedah utama di sebalik pengambilan mereka.
Salah seorang bekas anggota kumpulan sayap kanan mendedahkan kepada Sky News:
“Musuh dalam fikiran kami adalah Islam, orang Islam, polis, pemerintah dan wartawan.
“Agensi risikan UK, MI5 dan pelbagai organisasi antiekstremis berulang kali memberi peringatan bahawa ancaman keganasan semakin meningkat di UK dan di seluruh Eropah,” ujarnya.
Tahun lalu, Britain menyaksikan empat serangan membabitkan kumpulan sayap kanan, dengan hanya melebihi satu daripada jumlah insiden membabitkan ekstremis Islam dalam tempoh sama.